Showing posts with label Cahaya Hati. Show all posts
Showing posts with label Cahaya Hati. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

~Doa-doa Rasulullah SAW~


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...^^


Hmm..rase macam da lame x menulis...bz sgt sejak akhir2 nie, Al-maklumlah da hampir2 musim exam nie..clas tutorial penuh tiap2 hari..mase yg lebih p0n gne tuk t0pup study...Nie p0n sebab es0k cuti, so dapatlah luangkan mase sekejap sebelom tido...xde ape p0n nak cite cume nak berkongsi ilmu sket je...macam biase la, senang n ringkas..copy N paste..hehe =D

Ape2 p0n, walaupon hanye D'c0py paste..harap2 dapat la amik manfaatnye yer...=)



Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam..

Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut :

1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]

2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari]

3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlin-dung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]

4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan al-Nasa’ie]

5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i]

6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam al-Bukhari]

8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam Abu Dawud]

9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud]

10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]


والله تعالى أعلم



العلم نور
10.15 PM
My sweet r00m ^^
Alexandria Egypt

Nota k0cek ~ Saye sayang & cintakan Nabi Muhammad SAW...j0m amalkan doa2 Baginda...~.^

Saturday, March 10, 2012

Kualiti Hati pada Kemanisan Iman

Bismillahirrahminirrahim...
Assalamualaikum sume...^^

Hmm, kali nie sayer nak kongsikan 1 tajuk yang boleh dikira penting untuk memastikan matlamat kita untuk mencapai mardhotillah menjadi impian yang nyata...=)

Dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut mencari 'Qalbun Salim'. Inilah kualiti hidup yang perlu dicari & dinikmati. Dan ini jugalah " Syurga Dunia " sebelum Syurga Akhirat. Malangnya ramai yang mementingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam memikirkan kemewahan hidup tanpa mempedulikan kemanisan jiwa. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Orang miskin yang sabar lagi boleh menikmati kehidupan yang tidak boelh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda baginda SAW yang bermaksud : " Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan yang sebenar-benarnya ialah kekayaan jiwa ".

Diantara ciri-ciri yang dimiliki oleh orang-orang yang mempunyai kemanisan iman adalah seperti :

1) CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA MELEBIHI SEGALA-GALANYA.

Mencintai Allah dan Rasul adalah cinta yang paling utama. Ia dibuktikan dengan mentaati segala suruhanNYA dan meninggalkan apa yang dilarang. Segala cabaran, halangan dan masalah yang menghalang kecintaanNYA sanggup dihadapi, diperangi malah dikorbankan. manisnya gula tidak dapat dirasai oleh lidah yang sakit. Begitulah juga manisnya iman tidak dapat dirasai oleh hati sakit. Hati akan sakit andai kita banyak melakukan dosa yang mengikut hawa nafsu dan mencintai dunia. Jika cinta Allah itu tujuan, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya. Sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksud : " Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku ( Rasulullah ). Nescaya Allah akan memberikan balasan kepadamu dan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ".

2) MENCINTAI YANG LAIN KERANA ALLAH.

Ciri kedua orang yang merasai kemanisan iman adalah dengan mencintai seseorang atau sesuatu kerana Allah semata-mata. Persahabatan, persaudaraan, percintaan, pertemuan, perpisahan, pengajian atau apa-apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah. Hadith Rasulullah ada menyebut, mafhumnya " Seseorang yang menziarahi saudaranya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran selain untuk menyambung tali silaturrahim atau untuk menyelesaikan satu masalah saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada sollat sunat ".

3) BENCI KEPADA KEKUFURAN.

Orang yang mendapat kemanisan iman sangat bencikan kekufuran dan tidak mahu sama sekali kembali kepada kekufuran sebelumnya. Menjauhi kekafiran beerti menjauhi neraka. Kadang-kadang kita memandang enteng pada beberapa perkara remeh contohnya bermasam muka dengan kawan, bersangka buruk dengan seseorang, melakukan perkara yang menyakiti hati orang lain dan sebagainya. Walaupun perkara ini kecil dimata manusia, namun belum tentu ia kecil disisi Allah SWT.  Seperti satu kisah dimana seorang wanita memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan ketika itu, Lalu Rasulullah mengkhabarkan bahawa wanita itu merupakan salah seorang dari penghuni syurga. Subhanallah, betapa Allah menilai amal perbuatan kita walau sebesar zarah.

Islam tidak menghasilkan generasi rahib yang hanya akrab dengan Tuhan tetapi membelakangkan tanggungjawab sesama insan. Islam juga tidak menghasilkan umat yang hanya maju didalam bidang akademik dan material tetapi miskin dengan akhlak dan budi.. Tidak hairanlah jika generasi Al-Quran pimpinan Rasulullah SAW berjaya mendapat keredhaan Allah diakhirat dan juga menjadi pembina empayar didunia.

Marilah kita renung bersama, semenjak dialam roh lagi satu perjanjian telah termetrai antara hamba dengan Tuhan. Manusia telah mentaati Allah selaku hambaNYA. Janji dialam roh itu diangkat semula dengan kedatangan para Rasul kedunia. Dan janji yang sama diulang-ulang lagi dalam doa iftitah setiap kali solat.

Unsur dalaman ini bersifat ma'nawi. Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia tidak dapat dipegang tapi dapat dirasa. Lantaran itu, kebanyakan kita tidak mengambil berat soal roh sepertimana kita begitu serius mengambil berat soal jasat dan material. Inilah puncanya mengapa ramai manusia termasuk diri kita gagal untuk mengubah sikap-sikap yang buruk didalam diri.

Wallahuta'ala a'lam....

~ Daripada Anas r.a. berkata : " Pernah Rasulullah SAW memberi nasihat yang belum pernah sama sekali saya dengar seperti nasihat itu. Lalu baginda bersabda : " Jikalau kamu tahu tentang syurga dan neraka yang pernah diperlihatkan kepadaku, nescaya kamu hanya akan tertawa sedikit sahaja dan akan menangis sebanyak-banyaknya pula ". Kemudian para sahabat menutup muka mereka dan terdengarlah suara tangis yang tersedu-sedu ".


العلم نور
5.25 PM
My Sweet r00m ^^
Alexandria Egypt

Nota k0cek ~ Sedang menambah  kemanisan dalam gula...ops, silap..kemanisan dalam iman la..hehe ~.^

Saturday, January 28, 2012

Jenis HATI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt tuk sume..^^

~ HATI ~



Hati adalah 1 anugerah Allah pada setiap manusia...Dan hati juga ada jenis-jenisnya yang perlu kita tahu...Diantara jenis-jenis hati adalah :

> Qalbul Sahih <

~ Hati yang suci, bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah. 

~ Pemilik hati ini melakukan sesuatu semuanya kerana Allah s.w.t, dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebahagi contoh teladan dalam kehidupan hariannya.

> Qalbul Mayyit <

~ Hati yang mati dan orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptaNya.

~ Mereka tidak akan mempedulikan sama ada apa yang mereka lakukan itu diredhai oleh Allah ataupun tidak. Melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu.

~ Orang yang memiliki hati jenis ini tidak mampu mendengar seruan dari Allah. Jika orang memberi nasihat, telinga akan ditutup dan tidak mahu manghadiri majlis ilmu.

> Qalbul Maridh <

~ Hati yang sakit dan golongan jenis ini masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit.

~ Kadangkala mereka hidup sihat tetapi adakalanya mereka lebih utamakan dunia, cintakan dunia, mengikut hawa nafsu, takabbur, dengki dan sebagainya.

~ Golongan yang mempunyai hati ini boleh dirawat kerana ia masih diperingkat pertengahan.


* Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat dihati manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan, maka manusia tidak lagi mengikut perintah Allah s.w.t dan RasulNya. Tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan..Nauzubillah.

* Sucikan hati dengan zikir dan tahmid kerana Zikir adalah satu cara untuk merawat hati yang sakit dan dapat menghindari seseorang daripada segala penyakit hati...=)

*Pesan Imam Al- Ghazali :

Carilah HATI mu di tiga tempat,
Temui HATI mu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah HATI mu ketika mengerjakan SOLAT.
Jika tidak kau temui juga, Kau carilah HATI mu ketika duduk bertafakur mengingati MATI.
Jika kau tidak temuinya juga, maka berdoalah kepada Allah, pintalah HATI yang baru kerana hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai HATI.

والله تعالى أعلم


العلم نور
6.46pm
My Sweet r00m^^
Alexandria Egypt

Nota k0cek ~ Jagalah hati agar tidak dicemari dengan kotoran-kotoran dunia...~.^

Wednesday, January 25, 2012

~ Kita tanya...Allah jawab ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt....

Sebagai manusia, kita  tak pernah terlepas dari ujian-ujian yang mana ujian itu sebenarnya adalah untuk menjadikan kita seorang yang lebih kuat...dan ujian-ujian itu juga adalah tanda Allah itu dekat dan sayang kepada kita...tapi, seringkali kita tertanya-tanya pelbagai soalan yang berkaitan denga ujian-ujian tersebut...dan semestinya setiap persoalan itu sudah Allah sediakan jawapannya, yang kita sendiri terkadang tidak mengetahuinya..

Dibawah nie serba sedikit persoalan yang sering terjadi bila kita dilanda musibah...

Kita tanya...
- Kenapa aku diuji..?

Allah jawab...
- " Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata ; " Kami beriman "; sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan )?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan ujian yang demikian ), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ". [ Al-'Ankabut : 2,3 ]

Kita tanya...
- Kenapa masih tak dapat ape yang aku impikan..?

Allah jawab...
- " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, Dan ( ingatlah ) Allah jualah Yang  mengetahui ( semuanya itu ) sedang kamu tidak mengetahuinya ". [ Al-Baqarah : 216 ]

Kite tanye...
- Kenapa aku dapat ujian seberat ini..?

Allah jawab...
- " Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya ". [ Al-Baqarah : 286 ]

Kita rasa...
- FRUST???

Allah jawab...
- " dan janganlah kamu merasa lemah ( dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berduka cita ( terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi ( mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan ) jika kamu orang-orang yang beriman ". [ Al-Imran : 139 ]

Kita tanya...
- Bagaimana harus aku menghadapinya..?

Allah jawab...
- " Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan ) [ Al-Imran : 200 ]

- " Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk " [ Al-Baqarah : 45 ]

Kita tanya...
- Apa yang aku dapat dari semua nie..?

Allah jawab...
- " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan ( balasan ) bahawa mereka akan beroleh syurga..". [ AT-Taubah : 111 ]

Kita tanya...
- Kepada siapa aku mengharap..?

Allah jawab...
- " kemudian jika berpaling ingkar, maka katakanlah ( wahai Muhammad ) : " Cukuplah bagiku Allah ( yang menolong dan memeliharaku ), tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia ; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar ".

Kite kata...
- Aku dah tak dapat tahan lagi!!!

Dan Allah jawab...
- " Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir " [ Yusuf : 87 ]

Takde masalah yang tak boleh kite selesaikan...Dan setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya...Allah tahu ape yang kite perlukan lebih dari yang kite tahu..kerana kite adalah milik Dia..Dia yang cipta kite..jadi semestinyelah Dia lebih memahami hati kite kan???

Jadi..Senyumlah saat diberi ujian...dan ucapkanlah alhamdulillah...kerana Allah sentiasa ade bersame kite walau dalam ape jua keadaan pon...Allah takkan pernah tinggalkan kite keseorangan...itu janji Allah, percayalah...=)

* Hanye sekadar renungan tuk diri yang sentiasa lupa...


العلم نور
10.52pm
My sweet r00m^^
Alexandria Egypt

Nota k0cek : m0ge hati sentiasa ikhlas dan redha dengan setiap ujian...~.^

Saturday, August 06, 2011

Pasti ada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...

~~ Sesungguhnya Allah tak akan pernah mengecewakan hambaNYA..Kerana setiap KESEDIHAN pasti ada KEGEMBIRAAN diakhirnya..Setiap KEGAGALAN pasti ada KEJAYAAN yang menanti..Setiap KEPAHITAN pasti ada KEMANISANNYA..Setiap KELUKAAN juga pasti ada UBATNYA..Hanya dengan meletakkan Allah dihati..Segalanya pasti berakhir dengan 1 natijah yang baik..Segalanya telah diatur,moga hati kuat untuk menerima segala ketentuanNYA..~~

** yakinlah Allah sentiasa bersama kita **

Friday, May 06, 2011

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

*c0py dr tazkirah.blogdrive*

Friday, April 29, 2011

JaLan meNuju kebahaGiaan..

* Bebaskan hatimu dari rasa dendam & rasa takut..
*Hidup sederhana yg m'harap sedikit tetapi banyak memberi..
*Mengisi penuh harapanmu dengan kasih sayang..
*Pancarkan cahaya mentari..
*Lupakan dirimu sendiri dan ingatilah orang lain..
*Perlakukan sesama manusia seperti yang anda ingin diperlakukan..

(mattern)